Wednesday, July 1, 2009

Pakatan + Pas - DAP = H1N1

Berita terbaru yang diterima ialah parti DAP Kedah telah nekad keluar daripada Pakatan Rakyat negeri Kedah!

Bila Terkejut dengan berita sensasi itu. Apakah pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat Kedah bertelagah besar tentang sesuatu yang amat rumit dan mampu meranapkan ekonomi atau pun kesejahteraan seluruh rakyat Kedah?

Rupa-rupanya tidak.

DAP dan Pakatan Rakyat bergaduh kerana khinzir @ Babi @ H1N1 (hehehehehe...)

Pakatan Rakyat Kedah sedang mengalami satu krisis baru disebabkan oleh binatang tersebut.

Ianya berikutan daripada isu pusat penyembelihan khinzir di Alor Star yang telah dirobohkan oleh Majlis Bandaraya Alor Star petang tadi. Pengerusi DAP Kedah dikatakan cuba menghalang MBAS tetapi tidak berjaya.

Ironinya, semasa rakyat Malaysia sedang berjaga-jaga kerana selsema babi H1N1, Pakatan Rakyat pula bergaduh kerana khinzir.

Jika sekali imbas, isu ini pasti mengundang senyum sinis kita semua kerana kehebatan khinzir itu sehingga dapat melaga-lagakan pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat!

Tetapi kita bersetuju dengan tindakan MBAS kerana pusat penyembelihan khinzir itu perlu dirobohkan atau ditempatkan dikawasan yang kurang kepadatan penduduknya. Ianya untuk mengelakkan pencemaran najis khinzir dan penyakit-penyakit yang yang dibawa oleh binatang tersebut.

Realitinya, kesihatan dan keselesaan rakyat perlu diutamakan oleh pihak-pihak yang bertanggungjawab.

Untuk pengetahuan semua, negeri Kedah merupakan negeri kedua yang ditadbir oleh Pakatan Rakyat yang sedang mengalami krisis dalaman parti tersebut selain daripada negeri Pulau Pinang. Pakatan Rakyat Pulau Pinang bergolak berikutan penyingkiran Johari Kassim, PKR daripada MPSP.

sumber Intelek Melayu Muda

1 comment:

Anonymous said...

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Selambau, S. Manikumar menyifatkan, Kerajaan Barisan Nasional (BN) merupakan kerajaan 'rumah buruk' kerana semua harta yang ada dikebas atau dilarikan setelah menyedari rumah yang ditumpang akan bertukar milik.





Jelasnya, tindakan BN itu menyebabkan Kerajaan Pakatan Rakyat sukar untuk meneruskan usaha meningkatkan kepentingan rakyat.

"Kerajaan 'rumah buruk' BN jelas menyusahkan rakyat kerana isi rumah telah dilarikan sebaik sahaja mengesan rumah yang diduduki tidak selamat dan akan bertukar milik," terangnya ketika berucap di hadapan hadirin dalam program minun teh bersama Kelab Penyokong PAS di Persimpangan Pekan Tasek Gelugor baru-baru ini.

Kini sambungnya, beliau sendiri merasai setelah dilantik menjadi exco apabila mendapat peruntukan yang sedikit ekoran penjimatan Kerajaan Pakatan Rakyat.

Walhal semasa Kerajaan BN dulu setiap Adun tambahan lagi exco mendapat lambakan kewangan untuk membantu rakyat miskin serta melengkapkan infrastruktur rakyat tapi kini ia terpaksa dikurangkan sebab faktor kewangan.

Jelas Manikumar, Kerajaan BN sebelum ini terpaksa buat begitu bagi mengajar rakyat yang telah memberikan sokongan pada Pakatan Rakyat.

"Sebagai sebuah kerajaan yang telah lama berkuasa mereka tidak dapat menerima kekalahan," katanya.

Semasa pilihan raya kecil dulu Pakatan Rakyat berjaya memulihkan beberapa infrastruktur asas di beberapa buah kampung seperti paip air, jalan tar, bantuan yang ditarik balik dan sebagainya.

Selama ini hidup rakyat menderita di bawah pentadbiran BN manakala yang kenyang hanya mereka yang rapat atau kroni sahaja.

"Projek besar semuanya dirampas oleh individu yang berkedudukan mereka mengagihkan peruntukan kepada individu tertentu sahaja. Bila Pakatan rakyat menang semua kosong dan susah nak bagi bantuan yang sewajarnya," ujar Manikumar seterusnya.

Berucap sama dalam progam anjuran Lajnah Perpaduan Nasional PAS Kawasan Tasek Gelugor itu ialah Yang Dipertua PAS Kawasan, Ustaz Khalid Man dan Pengerusi Kelab Penyokong PAS Negeri Pulau Pinang, Dr Ooi @ Vellautham