Tuesday, June 30, 2009

Siapa Jaguh Ekonomi REAL PM VS PM MAT JENIN

Ramai orang tak tahu yang Anwar Ibrahim terpaksa mengambil 'kelas tiusyen' sewaktu dipilih menjadi Menteri Kewangan dulu gara-gara ketidakmampuannya memahami 'apa itu ekonomi' dan bagaimana hendak mentadbir kementeriannya

Difahamkan, seorang profesor telah dihantar khusus untuk mengajar Anwar mengenai masalah ekonomi dan kewangan bagi membolehkan beliau dapat menjalankan tugasnya secara efisien.

Namun itulah Anwar, dengan ilmu baru sekangkang kera khususnya dalam bidang ekonomi, dia cuba menunjuk jaguh di pentas di dalam negeri dan antarabangsa kononnya dialah pakar, dialah 'sifu' apabila membicarakan tentang cara menguruskan kewangan negara

Ini berbeza dengan Datuk Seri Najib Tun Razak. Bab ekonomi jangan main-main dengan beliau. Subjek ekonomi dan perniagaan memang di celah gigi beliau, apatah lagi beliau sendiri adalah lulusan dalam bidang ekonomi industri daripada universiti terkenal di England iaitu University Of Nottingham.

Namun watak di antara mereka berdua jauh berbeza. Najib tidak perlu berpidato sampai nak runtuh rostrum semata-mata nak menyakinkan masyarakat yang dialah mahaguru dalam menguruskan kekayaan negara.

Namun kalau dibandingkan prestasi antara Anwar dan Najib ketika mengambil alih Kementerian Kewangan ternyata bagai langit dan bumi.

Anwar kalau dilihat prestasinya lebih kepada keupayaan untuk 'bercerita dan beretorika' sedangkan Najib lebih kepada praktikal dan berpijak di bumi yang nyata.

Kalau anda masih ingat, Anwar masih menuduh Pakej Ransangan Ekonomi yang digerakkan oleh Najib baru-baru ini sebagai menyalahi peraturan Parlimen, sebagai menjawabnya, Speaker Parlimen berkata, itulah kalau orang selalu keluar dewan!

Nampaknya Anwar dan team penasihat ekonomi masih berfikiran krisis ekonomi sekarang sama seperti krisis ekonomi 97/98.

Anwar masih melihat IMF sebagai jalan terbaik kepada negara untuk berhutang dan menyelamatkan ketidaktentuan ekonomi global.

Apakah kita mahu menjadi seperti Pakistan hari ini ( yang terpaksa menaruh simpati IMF atau negara jiran seperti Indonesia yang meminjam IMF 97/98, yang masih kesannya sampai kini masih terasa antaranya bagaimana IMF membankrapkan PERTAMINA dan bank-bank Indonesia.

Sedangkan Najib ketika itu telah menjelaskan bahawa kedudukan kewangan domestik amat kuat, bank-bank masih kuat walaupun Anwar mempersoalkan pembelian bank Indonesia oleh Maybank, tatkala industri kereta di Amerika memberhentikan pekerjanya, Proton dan Perodua masih terus bergerak ke depan.

Bajet Anwar yang susut dan mengecil berbanding bajet kerajaan + pakej ransangan RM7 Billion, menampakkan kelemahan Anwar mengurus ekonomi negara.

Anwar mahu meletakkan kita kaku, terduduk, terdiam, dan terserah kepada serangan ekonomi global, kerajaan pula menyuntik RM7 Billion supaya seluruh rakyat dan perusahaan boleh terus berpusing.

Hari ini Najib sekali lagi menunjukkan kematangannya dalam menguruskan ekonomi negara apabila mengumumkan had pegangan saham asing di dalam syarikat broker saham sedia ada akan ditingkatkan kepada 70 peratus daripada 49 peratus pada masa ini dalam usaha meningkatkan lagi kedudukan Malaysia sebagai satu destinasi penyenaraian dan pelaburan.

Ini baru Menteri Kewangan 'bertaraf dunia', bukan Menteri Kewangan yang terpaksa diberi kelas tiusyen kerana hanya tahu bercakap tapi tak tahu apa itu rugi.

sumber malaysia-instict

Hari Belia Penang..DAPSY melalak & menyanyi


DAPSY P Pinang kesal k'jaan negeri diketepikan
Jun 29, 09 4:08pm
Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) Pulau Pinang kecewa kerana kerajaan negeri telah diketepikan dalam penganjuran sambutan Hari Belia Negara 2009 peringkat negeri.

Sambutan tersebut dianjurkan oleh Pejabat Pembangunan Negeri Pulau Pinang dan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Pulau Pinang - kedua-duanya terletak di bawah arahan dan pentadbiran kerajaan persekutuan.

Dalam satu kenyataan bersama, Timbalan Ketua DAPSY negeri, Lau Keng Ee dan Setiausaha DAPSY negeri, Ng Wee Aik berkata program yang begitu bermakna untuk para belia, telah dianjurkan di negeri Pulau Pinang

Bagaimanapun, mereka kesal kerana wakil kerajaan negeri Pulau Pinang tidak dijemput, termasuk Ketua Menteri, Lim Guan Eng dan Exco Belia dan Sukan negeri, Lydia Ong Kok Fooi.

Menurut mereka, program tersebut telah diadakan dari jam 9 pagi lagi di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) di Bukit Mertajam, Pulau Pinang. Pada jam 8 malam hari yang sama, suatu perhimpunan Hari Belia Negara 2009 peringkat negeri Pulau Pinang berlangsung di tempat yang sama.

Perhimpunan tersebut telah dirasmikan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ahmad Shabery Cheek. Antara tetamu khas yang hadir termasuk ADUN Bertam, Zabariah; pegawai kemajuan negeri Pulau Pinang, pengarah belia dan sukan negeri dan presiden Majlis Beliau Pulau Pinang.

Semua 21 badan gabungan Majlis Belia Negeri Pulau Pinang dijemput dan jumlah peserta daripada persatuan belia setempat yang hadir adalah kira-kira 1,000 orang. Dalam perhimpunan tersebut, beberapa anugerah beliau negara peringkat negeri Pulau Pinang, dikurniakan kepada belia dan persatuan belia negeri.

Hari Belia kali ini diadakan di IKBN Bukit Mertajam .Tiada lagi penjualan arak berlaku seperti mana dahulu di Autocity anjuran kerajaan negeri

Ini DAP jangan dok cakap banyak dan melalak pulak pasal isu Hari Belia Peringkat Negeri PP ini Ahad lepas. Sudah lupa ka dahulu semasa kerajaan negeri anjurkan aktiviti Hari B elia sebegini di Auto City Juru , banyak orang membuat aduan kerana berlaku penjualan tin minuman arak secara berleluasa dan isu ini cukup sensitif untuk orang beragama Islam . MAIPP,Menteri KBS dahulu Ismail Sabri ,MBM juga komplen dan mengecam di dalam suratkhabar mengenai isu ini dan seperti menggalakan belia kita untuk minum arak selain tidak peka sensitiviti belia Islam yang turut menghadiri majlis itu.

DAPSY jangan dok buat lupa pulak kerana kegagalan kerajaan negeri menghalang aktiviti penjualan arak secara terbuka arak jenis 'Shandy Anglia' RM3.00 untuk dua tin jelas merupakan satu tindakan yang merosakkan anak bangsa kita.

Kalau DAPSY menggesa mengambil tindakan terhadap jabatan terbabit kerana mengagalkan slogan 1 Malaysia yang diilhanmkan Najib , adakah kerajaan negeri PP mengambil tindak terhadap peniaga yang menjual arak pada Hari Belia yang lepas dahulu di AutoCity??

Sumber dari Pejuang Bangsa

Oh Manik Urai ku..



Pemuda UMNO akan memberikan tumpuan untuk mendekati seramai mungkin 3,020 pengundi muda menerusi pendekatan bersua muka dalam tempoh berkempen pilihanraya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manik Urai 14 Julai ini.


Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Khairy Jamaludddin berkata bagi tujuan itu pihaknya akan menggerakkan kira-kira 1000 petugas terdiri daripada jentera tempatan khususnya dari bahagian Kuala Krai dan seluruh Kelantan.

Selain pendekatan bersua muka jelas beliau lagi Pemuda juga turut melaksanakan program seperti ceramah, gotong royong, ziarah rumah ke rumah, mendampingi masyarakat, bersukan dan sebagainya.

"Kita sudah pun mengenal pasti semua pengundi muda untuk didekati sepanjang tempoh kempen ini.

"Pada kali ini juga kita memberi tumpuan kepada jentera tempatan untuk tugas melaksanakan kempen kita. Untuk itu, kira-kira 1,000 jentera kita terdiri daripada Pemuda UMNO Kuala Krai dan seluruh Kelantan akan menjadi petugas secara tetap berkempen di sini", katanya.

Beliau juga memberitahu jentera tempatan ini turut akan dibantu jentera luar di mana beliau sendiri bertindak sebagai pemantau kepada jentera tersebut.

Ini kerana katanya bagi memastikan kehadiran jentera petugas dari luar Kelantan benar-benar menjalankan tugas membantu kempen pilihan raya dan bukannya menjadi pelancong politik.

Beliau berkata demikian selepas meluangkan masa beramah mesra sambil bertemu peniaga dan orang ramai yang mengunjungi pasar minggu di Kampung Laloh di sini, Jumaat pagi.

Sebelum itu beliau turut meninjau program bengkel motosikal yang dikendalikan bekas Juara Cub Prix Kebangsaan, Wazi Abdul Hamid. Malah apa yang menarik ketika dalam perjalanan beramah mesra dengan peniaga pasar minggu di Kampung Laloh, beliau turut melawat dan beramah mesra petugas Pas di markas berhampiran.

Selain beberapa Exco Pemuda UMNO pusat, turut hadir Ketua Pemuda Kelantan, Anuar Safian dan Ketua Pemuda bahagian Kuala Krai, Tuan Aziz Tuan Mat.

Mengenai program Pemuda Prihatin pula beliau memberitahu pelbagai program telah diaturkan termasuk program keluarga angkat di mana beliau dan Exco Pemuda akan bermalam di rumah keluarga angkat masing-masing di sini.

Ini katanya sebagai pendekatan untuk menyesuaikan diri dengan masyarakat setempat selian memahami sensitiviti penduduk tempatan.

Sementara itu ketika berucap pada Majlis Pelancaran Jentera Pemuda UMNO pada sebelah petangnya, beliau mengingatkan jentera Pemuda bahawa pillihan raya kecil di Manik Urai ini mempunyai makna yang cukup besar terutama untuk mencipta satu titik perubahan baru di negeri ini di bawah kepimpinan baru parti.

"Kita perlu buktikan di bawah kepimpinan baru iaitu Presiden kita Datuk Seri Najib Tun Razak dan Datuk Mustapa Mohamed di Kelantan, kita akan bawa satu perubahan baru.

"Sebab itu pilihanraya ini walaupun satu pilihanraya kecil tetapi ia membawa makna yang cukup besar", katanya sambil disahut laungan “Pemuda Gempur” oleh lebih 2000 jentera Pemuda yang hadir.

Beliau turut berkata UMNO khususnya BN mempunyai peluang untuk menang di Manik Urai memandangkan perpecahan dalam Pas semakin ketara.

Sebab itu kata beliau Pas menyerang UMNO dengan pelbagai tuduhan untuk mengalih pandangan umum daripada konflik dalamannya.

"Mursyidul Am Pas, Nik Aziz bertindak seperti 'orang hilang punca' untuk mengukuhkan sokongan ahlinya sehingga sanggup menggelar UMNO sebagai parti ajaran sesat, menyamakannya dengan komunis dan pengikut Ayah Pin.

"Saya nampak tok guru amat menyedari masalah dalaman Pas sebab tidak pernah berlaku keadaan yang Mursyidul Am Pas sendiri meminta timbalan presiden keluar parti.

''Ini satu tindakan drastik yang memberi gambaran bahawa perpecahan dalam Pas agak ketara,'' katanya.

Nik Aziz kata beliau lagi kini dilanda wabak H1N1 yang merujuk kepada Hadi Awang dan Nasaruddin Mat Isa.

sumber dipetik dari Yus Iskandar (Pro Khairy)

Tun Perak @ Tun Berak ???

Wednesday, June 24, 2009

PENSYARAH keeee....mcm tu?? adeh..

Seorang pensyarah warga asing di sebuah universiti swasta bertaraf antarabangsa di sini, ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki meminta rasuah seks dan wang tunai bagi meluluskan peperiksaan pelajarnya.

selain habuan seks, pensyarah berkenaan turut mengambil sogokan berjumlah RM800 daripada pelajar terbabit sebagai ganjaran untuk meluluskan peperiksaan yang didudukinya.

Suruhanjaya itu juga sedang menyiasat kemungkinan pensyarah itu pernah meminta rasuah yang sama daripada pelajar lain sebelum ini.

Apalagi PAS,PKR & DAP = tolong buat demostrasi untuk menyedarkan pensyarah yang gila seks dan rasuah nie...
amal maaruf nahi mungkarkan....
takkan BUBAR DUN ja....hehehehe

wassalam

10 gol vs 2 gol


Brazil=10 gol
Afrika=2 gol

mampukah Afrika menundukkan jaguh samba Brazil??

atau Afrika sekadar cakap kosong seakan menggunakan kekebalan Parlimen untuk memuntahkan ayat 'PEMUDA UMNO CELAKA' (mcm knl manusia yang mengeluarkan kenyataan berikut)heheheheeh...

apa-apu pun go..Brazil
kalahkan Afrika
jatuhkan KARPAL (apakah kaitan karpal a.k.a KAFAN heheheheh)
HIDUP TUANKU....DAULAT TUANKU

heheheheh wassalam

Tuesday, June 23, 2009

Piala Konfederasi - Cap ayam




salam....
Brazil layak ke pusingan ke-2 Piala konfederasi fifa cup ,walaupun bermula agak hambar dengan menundukkan Mesir 4-3 , namun bangkit menewaskan USA 3-0 dan sekali lagi membenamkan jaguh juara piala dunia-Italy dengan 3-0.Turut mengekori Brazil ialah pasukan Sepanyol , pemain harapan Spain itu Fernando Torres terus menunjukkan belangnya dengan menjadi penggugat benteng pasukan lawan.Pasukan Italy gagal menunjukkan kesungguhan selaku juara piala dunia apabila mempamerkan aksi hambar

hehehehe....inilah pasukan kegemaran aku untuk kempen Bola Sepak Piala Dunia 2010.
Brazil
Sepanyol
Italy

namun aku tetap penyokong Malaysia..
teruskan usaha anak buah K.Rajagopal
Malaysia boleh...
Ketuanan Melayu Boleh ...

Lawatan MPP ke luar negara.. dipolitikkan...

Assalamualaikum dan salam perjuangan...

MPP keluar negara sering menjadi topik hangat di kalangan mahasiswa. Ada yang berpendapat bahawa mereka(MPP) layak diberi pengiktirafan ke luar negara kerana pengorbanan yang telah mereka beri sepanjang tempoh berkhidmat . Ada juga berpendapat bahawa , lawatan ke luar negara adalah habuan kerajaan untuk Majlis Perwakilan Pelajar menyokong kerajaan kelak.Lebih teruk lagi sesetengah berpendapat bahawa lawatan ke luar negara menggunakan duit Universiti yakni duit mahasiswa universiti. Ini adalah tomahan yang dahsyat tanpa usul periksa.Mahasiswa yang baru memasuki alam universiti akan mudah tertipu dan menjadi Proksi kepada pembangkang MPP untuk menjatuhkan imej kepimpinan Majlis perwakilan.

hakikatnya

Lawatan ke luar negara adalah hadiah sebagai ucapan Terima Kasih Kementerian Pengajian Tinggi kepada Mahasiswa yang sanggup mengorbankan masa demi membantu pentadbiran universiti dalam proses mengurangkan kerenah birokrasi.Selain itu membantu kebajikan mahasiswa yang mempunyai masalah dan menjadi platform penyebaran maklumat terkini kepada mahasiswa.

lawatan ke luar negara tidak langsung menggunakan peruntukkan Universiti yakni wang Mahasiswa , ianya menggunakan peruntukkan Kementerian Pengajian Tinggi(KPT)yang telah diagihkan mengikut Universiti masing-masing.Ahli Majlis Kepimpinan sesebuah Universiti boleh tanpa dipaksa untuk tidak ke luar Negara , namun peruntukkan yang diberikan KPT tidak boleh ditebus atau diminta untuk tujuan program lain.Ini kerana sudah tersedia peruntukkan khas untuk program Mahasiswa yang lain. Peruntukkan tersebut dianggap 'BURN' dan dimasukkan ke akaun KPT untuk mengelakkan masalah audit jabatan kira-kira negara.oleh kerana itu undian 2/3 MPP menentukan sama ada perlu ditebus wang tersebut atau di'Burn' sahaja. (PERSOALAN - JIKA ANDA MPP,apakah jawapan anda??)

Lawatan ke luar negara juga adalah sebagai medium memperkenalkan Malaysia ke peringkat asia mahupun dunia. MPP yang ke luar negara secara tidak langsung menjadi DUTA MALAYSIA dalam memperkenalkan institusi pendidikan tinggi Malaysia.Oleh itu sebagai MPP , itu juga menjadi tanggungjawab dalam memartabatkan Mahasiswa khususnya dan Universiti amnya di peringkat global.Semua kelompok mahasiswa berhak ke luar negara yang dibiayai KPT namun perlu menjadi MPP terlebih dahulu.Jadi bertandinglah untuk ke luar negara , kalau itu yang anda mahukan dan niatkan. tetapi ingatlah tanggungjawab adalah lebih berat berbanding batu besar yang dipikul,adalah lebih baik menetapkan niat agar kepimpinan terpimpin dan kebajikan mahasiswa diutamakan dan soal pakej dan kelebihan menjadi MPP menjadi persoalan yang kedua.

Akhir kata , setiap kelompok Mahasiswa & MPP perlu bekerjasama dan memainkan 1 peranan yang sama yakni kearah memartabatkan universiti masing-masing dalam semua bidang.Tanpa Mahasiswa siapalah MPP , dan MPP wujud sehingga kini adalah kerana Mahasiswa mempercayai MPP walaupun wujud segelintir Mahasiswa yang agak agresif apabila mendengar MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR.

1 Malaysia
Rakyat didahulukan
Pencapaian diutamakan

1 Universiti Awam Malaysia
Mahasiswa didahulukan
Akademik/Kemahasiswaan diutamakan

MAhasiswi UKM bangi - maut??

Seorang siswi sarjana sains kimia Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di sini, ditemui mati di kawasan letak kenderaan Blok C, Kolej Kediaman Pendeta Za'ba awal pagi semalam, dipercayai terjatuh dari tingkap biliknya di tingkat empat bangunan itu selepas dikatakan dikejar satu lembaga.

Tekanan??
hurmmmm......
Hanya Allah SWT yang tahu
Al-Fatihah kepada rohnya.

Waran tangkap????

Waran tangkap dikeluarkan kepada ahli parlimen PKR S Manikavasagam setelah gagal menghadiri siasatan awam berhubung kematian mengejut pelakon K Sujatha.

Waran itu dikeluarkan oleh koroner Mohd Faizi Che Abu pagi ini selepas beliau dimaklumkan bahawa ahli parlimen Kapar itu enggan menerima sapena yang cuba diserahkan semalam.

APAKAH???degil... SAPENA je tu..untuk Yb bela diri juga hehehhe

Sidang Dewan Rakyat


SATELIT terbaru Malaysia, Measat-3a berjaya dilancarkan dari Baikonur Cosmodrome pada jam 5.50 pagi waktu Malaysia di Kazakhstan, hari ini. Ia dilancarkan dalam keadaan cuaca dingin dan berangin. Satelit Measat-3a bernilai AS$165 juta itu akan meningkatkan kapasiti satelit syarikat dengan ketara

Monday, June 22, 2009

BERSATU atau MENIPU??

Perdana Menteri telah memperkenalkan konsep Satu Malaysia yang akhirnya dapat membina satu bangsa negara yang maju, berdaya saing serta mempunyai nilai jati diri yang tinggi.

Manakala dalam konteks ajaran Islam itu sendiri menganjur umatnya supaya bersatu padu dan jangan sekali-kali berpecah-belah. Bahkan Allah SWT telah berulangkali mengingatkan di dalam kitab sucinya, perpecahan pasti akan membawa kepada kehancuran.

Bagaimana mungkin kesucian dan kedaulatan agama Islam dapat dijaga dan terus terpelihara jika umat yang mendokongnya sentiasa berada di dalam perpecahan?

Kesan dari perpecahan itu juga secara langsung akan menjadikan kita umat yang lemah dan mudah digugat serta diperhinakan oleh orang lain. Oleh sebab itu, adalah amat penting sekali bagi masa hadapan dan kelangsungan umat Islam ianya terletak pada perpaduan. Jelas ini merupakan ikatan dan nadi kekuatan.

Tetapi, bagaimana pula boleh timbul pula segolongan orang yang berfikir dan menganggapkan bahawa soal perpaduan ini tidak begitu penting?

Ada setengahnya pula yang sengaja menimbulkan isu-isu tertentu, walaupun mereka tahu ia akan membawa kepada perpecahan umat. Yang diutamakan oleh mereka ini ialah populariti dan sanjungan oleh satu-satu golongan.

Tindakan mereka itu amat jelas terkeluar dan lari daripada prinsip-prinsip pokok dan ajaran Islam yang menyuruh kita bersatupadu dan melarang berpecah-belah.

Sejarah telah membuktikan kepada kita bahawa kecemerlangan yang telah dicapai oleh umat Islam di zaman Rasullullah SAW dahulu adalah disebabkan mereka bersatu dan tidak berpecah-belah.

Perpaduan umat Islam ketika itu jelas kelihatan melalui sambutan dan pengorbanan yang telah diberikan oleh golongan Ansar di Madinah kepada orang-orang Muhajirin yang berhijrah ke kota itu.

Perpaduan yang berteraskan pengorbanan, takwa dan iman inilah yang melahirkan suatu umat yang kuat dan teguh, yang dapat membangun dan memperluaskan agama dan negara Islam ketika itu, serta dapat memberi sumbangan yang besar kepada tamadun manusia.

Usaha bagi memupuk perpaduan di kalangan masyarakat Islam adalah tanggungjawab semua umat Islam. Bukan sahaja ahli politik, malahan golongan alim ulamak dan cendikiawan Islam perlu bekerjasama serta memberikan pandangan yang positif bagi mengatasi masalah yang dihadapi kini.

Justeru, sukar benarkah untuk menerima perpaduan?

Melayu terus dipetisejukkan-bangun!!

Francis Light membuka Pulau Pinang pada 1786, Raffles di Singapura pada 1819, Perjanjian Inggeris-Belanda 1824, Perjanjian Pangkor 1873. Daripada 1786 sudah 250 tahun kaum yang datang seolah-olah dapat DEB selama 250 tahun. DEB yang mereka nikmati di bawah payung Inggeris mereka bolot. Dari segi pelajaran siapa pergi Victoria Institution, St. John Institution, Anderson School, Penang Free School, King Edward dan Raffles School di Singapura, semua ini terdiri daripada golongan imigran. Orang Melayu berada di tepi pantai seolah-olah dipetisejukkan dan mundur. Hanya sekolah agama, tak belajar ekonomi.

Orang Melayu hanya belajar fardu kifayah, fardu ain dan keadaan ini menyebabkan mereka terperangkap dalam dunianya selama 250 tahun. Apakah 20 tahun cukup untuk bangunkan satu kaum yang begitu lama ketinggalan kerana dipetisejukkan di tepi sungai dan pantai dengan mentaliti yang terperangkap? Apakah 20 tahun boleh kejar orang lain. Kalau jadi kontraktor mana nak beli besi dan simen?

Orang lain dah kawal beratus-ratus tahun, macam mana nak kata tak payah pakai DEB. Kita sebagai anak watan mesti diberi peluang untuk mencapai taraf itu. Ramai yang terkial-kial, tiba-tiba kata compete freely. Orang Melayu masih ketinggalan dan mereka perlu diberi bimbingan, di mana kaum lain yang miskin mereka juga perlu dibantu. Janganlah kerana kita dah lepas, kata tak perlu pula.

nasl lemak kopi'O

Empat perkara menguatkan badan
1. makan daging
2. memakai haruman
3. kerap mandi
4. berpakaian dari kapas

Empat perkara melemahkan badan
1. banyak berkelamin (bersetubuh)
2. selalu cemas
3. banyak minum air ketika makan
4. banyak makan bahan yang masam

Empat perkara menajamkan mata

1. duduk mengadap kiblat
2. bercelak sebelum tidur
3. memandang yang hijau
4. berpakaian bersih

Empat perkara merosakkan mata
1. memandang najis
2. melihat orang dibunuh
3. melihat kemaluan
4. membelakangi kiblat

Empat perkara menajamkan fikiran

1. tidak banyak berbual kosong
2. rajin bersugi (gosok gigi)
3. bercakap dengan orang soleh
4. bergaul dengan para ulama

4 CARA TIDUR
1. TIDUR PARA NABI
Tidur terlentang sambil berfikir tentang kejadian langit dan bumi.

2. TIDUR PARA ULAMA' AHLI IBADAH
Miring ke sebelah kanan untuk memudahkan terjaga untuk solat malam.

3. TIDUR PARA RAJA YANG HALOBA
Miring ke sebelah kiri untuk mencernakan makanan yang banyak dimakan.

4. TIDUR SYAITAN
Menelungkup/ tiarap seperti tidurnya ahli neraka.

Zionisme-mengecam atau dikecam

Zionisme ini satu pandangan politik. Zionisme bukan orang Yahudi tetapi pengasas Zionisme memang seorang Yahudi. Hari ini Zionisme bukan lagi milik eksklusif orang Yahudi. Zionisme yang wujud dan sedang menggodam rakyat Palestin ini majoritinya didukung hebat oleh individu dan kumpulan yang bukan Yahudi.

Agama Yahudi ialah Judaism. Kitab suci agama ini adalah Torah. Rumah sembahyang penganut agama ini dipanggil synagogue. Kepala agama mereka dipanggil rabbai. Maklumat ini mungkin semua telah diketahui umum.

Wajib juga diketahui bahawa ramai orang Yahudi sendiri yang menentang Zionisme. Di Isreal sendiri ada kumpulan penganut Judaisme yang menentang keras fahaman Zionisme. Mereka menolak masuknya fahaman Zionisme ini ke Palestin.

Untuk kumpulan ini, mereka percaya bahawa fahaman atau ideologi Zionisme telah membawa porak-peranda dan kesengsaraan terhadap orang-orang Yahudi di seluruh dunia dan juga kesengsaraan yang tidak terhingga kepada warga Palestin.

Kumpulan ini bernama Neturei Karta – mereka ini pada 2006 telah datang ke Iran atas jemputan Ahmadinejad, presiden Iran. Neturei Karta bersama rakyat dunia telah mengutuk negara yang dipanggil Israel.

Neturei Karta adalah kumpulan Yahudi yang menyokong perjuangan adil rakyat Palestin. Mereka juga menentang Zionisme bermatian-matian.

Perkembangan ini menjadi satu bukti bahawa Zionisme bukan ajaran Judaisme. Zionisme adalah falsafah yang menggunakan agama sebagai jubah untuk mengabui mata penganut agama Judaisme.

Ramai pemikir dan intelektual Yahudi yang unggul dalam ilmu pengetahuan dan falsafah juga menentang fahaman Zionisme. Noam Chomsky seorang daripada mereka. Susuk intelektual ini adalah suara Yahudi yang paling lantang menentang keganasan Israel.

Albert Einstein ahli sains yang menemui teori e=mc2 seorang lagi Yahudi yang anti-Zionisme.

Di Israel sendiri, ramai orang Yahudi-Israel yang menentang fahaman tersebut. Mordechai Vanunu adalah contoh terbaik warga Isreal yang menentang Zionisme.

Susuk ini telah membocorkan kepada dunia tentang senjata nuklear Israel yang kini tersimpan secara rashia di padang pasir Negev. Vanunu diperangkap dan diculik dari London untuk dibawa pulang ke Israel.

Kerana membocorkan rashia 'bom nukelar' Israel dan memberi amaran kepada dunia tentang bahayanya Zionisme, Vanunu telah dipenjara selama 20 tahun sejak 1986. Selama 18 tahun Vanunu dikurung bersendirian. Apabila dibebaskan, Vanunu terus ditahan lagi. Hingga ke hari ini Vanunu tidak boleh keluar meninggalkan Israel.

Pada ketika saya menulis ini, berpuluh-puluh anak muda Israel yang sedang dipenjara kerana tidak mahu mengangkat senjata membunuh warga Arab Palestin. Juga terdapat beratus-ratus anak muda dan warga Israel telah lari meninggalkan negara itu kerana menentang perang dan keganasan daulah Israel.

Semua ini bukti bahawa bukan semua Yahudi itu Zionis. Bukan semua Yahudi menyokong Israel.

Saya mengulangi ini kerana saya perhatikan terlalu ramai warga Malaysia menganggap konflik Palestin-Israel sebagai konflik agama, terutama di kalangan Melayu. Pandangan ini salah. Konflik di Palestin bukan konflik agama. Konflik ini konflik hak milik bumi tanah Palestin. Ia lahir kerana bumi Palestin telah dirampas oleh penganut fahaman Zionisme untuk mendirikan apa yang kini dipanggil Israel.

Konflik di Gaza, Tebing Barat, Jenin, Hebron – umumnya konflik Arab-Israel – bukan konflik antara penganut Islam dengan penganut Yahudi.

Wajib diketahui ada hampir 10 peratus warga Palestin beragama Kristian. Hanan Ashrawi perempuan yang pada 1980-an sering kita dengar namanya kerana memulakan rundingan damai Palestin-Israel ialah seorang Kristian. Edward Said intelektual bertaraf dunia itu seorang Kristian.

George Habaash pemimpin Popular Front for Liberation of Palestine beragama Kristian. Kristian di Palestin adalah Kristian yang berasal-usul dari susur galur pengikut Isa kerana nabi itu dilahirkan di Nazareth, Palestin.

Betul, agama dilihat memainkan peranan penting tetapi yang diperjuangkan ialah menuntut kembali bumi Palestin yang telah dirompak dan dirampas oleh penganut Zionisme. Tanah air Palestin yang telah dirampas ini melahirkan nasionalisme Palestin.
Semangat nasionalisme inilah yang membolehkan rakyat Palestin terus berjuang bermati-matian menentang bala tentera yang terbesar di Timur Tengah.

Kita wajib memahami dengan lebih mendalam tentang apa itu Zionisme. Fahaman ini percaya kepada satu bangsa – Yahudi. Hanya bangsa Yahudi sahaja yang terpilih. Yahudi sahaja yang ada hak keistemewaan di Israel.

Bangsa-bangsa lain diangggap bangsa kelas kedua. Agama orang lain salah. Kitab suci agama mereka sahaja yang betul. Kitab suci agama lain dianggap menyeleweng. Hanya agama mereka sahaja yang dipilih oleh Yang Maha Esa. Justeru, di sini jelas bahawa Zionisme ialah satu fahaman rasis.

Apa yang kita lihat di Gaza dan Tebing Barat hari ini adalah manifestasi daripada fahaman ini. Keganasan yang wujud di Palestin adalah hasil daripada falsafah rasis Zionisme. Merompak tanah-tanah warga Palestin, menghalau mereka keluar dari tanah air mereka juga manifestasi dari fahaman rasis ini.

Kita dikatakan hanya dapat memberikan bantuan ubatan-ubatan, wang ringgit, makanan atau menerima warga Palestin datang ke negara kita untuk belajar atau menetap. Semua ini betul. Semua ini amat-amat dihargai. Semua ini adalah kerja baik yang wajib diteruskan.

Tetapi saya menolak pandangan yang mengatakan bahawa kita tidak dapat membuat apa-apa lagi untuk menyokong perjuangan rakyat Palestin. Pasti ada lebih daripada ini yang dapat kita sama-sama lakukan.

Pada hari ini bukan susah untuk kita memahami bahawa pendukung unggul fahaman Zionisme dan Israel ialah Amerika Syarikat. Ini bukan kerana adanya Yahudi di New York atau California. Zionisme wujud kukuh di Amerika kerana kepentingan ekonomi Amerika pada ketika ini berjalan selari dengan kepentingan Zionisme dan Israel.

Bukan sahaja Zionis Israel mendapat sokongan kuat dari Amerika, malah Kesatuan Eropah – Perancis, Jerman, Itali – semuanya menyokong Israel. Ini bukan kerana mereka cintakan Yahudi atau benci kepada Palestin – TIDAK. Mereka menyokong Israel kerana kepentingan ekonomi mereka.

Ekonomilah yang menjadi asas kepada fahaman Zionisme ini. Pemodal–pemodal global melihat bahawa Zionisme dapat membantu mereka meneruskan dan mengembangkan modal mereka. Kaum pemodal antarabangsa melihat fahaman Zionisme ini sedang memberikan keuntungan melimpah ruah.

Industri persenjataan dunia bergantung kepada perang. Dengan wujudnya perang atau konflik yang berkemungkinan membawa perang adalah cuaca dan suasana yang amat baik untuk pembuat dan peniaga senjata antarabangsa.

Israel yang sedang memporakperandakan Timur Tengah adalah pemangkin perang.

Lihat bagaimana Amerika menjual dan membekal senjata kepada Isreal - ia menakut-nakutkan negara-negara Arab. Suasana takut ini memberi peluang kepada Amerika untuk menjual senjata kepada Mesir, Jordan dan Arab Saudi.

Negara-negara ini tidak ada bezanya dengan Zionis Israel. Mereka tidak berani secara terbuka menyatakan sokongan kepada Israel – takut kepada rakyat mereka sendiri. Tetapi perangai dan tingkah laku terhadap warga mereka tidak jauh berbeza daripada apa yang sedang dilakukan oleh Israel terhadap warga Palestin.

Apabila kita telah memahami semua ini, saya rasa kita akan dapat melakuan lebih daripada apa yang sedang kita lakukan hari ini. Ada satu perkara yang dapat kita lakukan bersama yang pasti akan memberikan tamparan maut kepada Zionisme. Pekara ini ialah menentang sifat dan fahaman Zionisme di mana sahaja ia muncul dan bertapak.

Zionisme pada ketika ini bukan lagi bergerak di Israel atau di Palestin sahaja. Zionisme telah menjadi fahaman yang meluas dan telah melintasi sempadan Israel. Jika sesiapa memiliki ciri-ciri fahaman rasis yang telah dinyatakan tadi bermakna mereka juga pendukung Zionisme. Zionisme ialah kezaliman.

Di sini ingin saya nyatakan bahawa kita tidak perlu ke Palestin untuk menentang kezaliman. Apa yang perlu kita lakukan ialah menentang kezaliman dan kejahatan di mana sahaja ia berada, termasuk dalam negara kita sendiri. Zionisme tidak memiliki sempadan.

Tetapi, saya agak kecewa apabila melihat orang Melayu berlumba-lumba bangun menentang Isreal yang zalim. Mereka bertempik marah apabila rumah diruntuhkan di Hebron. Tetapi mereka tidak bersuara apabila rumah diruntuhkan di Kampong Berembang atau di Plentong atau di Chubadak.

Orang Melayu marah apabila masjid diroboh di Jenin tetapi orang Melayu tidak marah apabila melihat gereja Orang Asli diruntuhkan di Gua Musang.

Orang Melayu keluar berdemonstrasi kerana tanah rakyat Palestin dirampas tetapi mereka tidak pula bersuara apabila tanah-tanah Orang Penan dirampas. Mereka tidak pula bersuara apabila tanah adat di Sarawak satu demi satu dirampas oleh pemodal antarabangsa.

Hairan. Di mana silapnya fikrah Melayu ini? Kenapa bangsa Melayu memiliki nilai yang setengah jalan? Di mana akal fikrah mereka terputus?

Kalau di Palestin mereka yakin rakyat di sana sedang dizalami, kenapa apabila orang Penan dizalimi hati mereka tidak tergerak untuk membantu?

Apakah mereka tidak memahami bahawa kezaliman dan kejahatan itu tidak berbangsa dan tidak beragama? Kebaikan dan keadilan juga tidak berbangsa dan beragama.

Orang Melayu tidak dapat menerima Ketuanan Yahudi tetapi bagaimana orang Melayu yang sama dapat pula menerima Ketuanan Melayu? Di mana songsangnya fikrah Melayu ini? Apakah mereka telah terputus nilai kemanusiaannya?

Justeru sesudah membaca tulisan ini, marilah kita bersama-sama meneliti dan menilai kembali nilai Melayu kita. Apakah kita benar-benar faham tentang kezaliman dan keadilan.

Atau kita hanya menjadi pak turut – ber-Gaza ke hulu ber-Gaza ke hilir. Orang bercakap hal Gaza, maka kita pun bercakap hal Gaza tanpa kita melihat ke dalam hati nurani kita sendiri.

IFC - PR berkaitankah?????

Sepertimana yang kita tahu antara tuntutan IFC (Interfaith Commission) iaitu satu gerakan anti-Islam yang di dalangi oleh beberapa pemimpin dalam Pakatan Rakyat antaranya adalah Sivarasa a/l Rasiah (Naib Presiden PKR), Tian Chua (Ketua Penerangan PKR), Ronnie Liu (Setiausaha Hal Ehwal Pertubuhan Badan Bukan Kerajaan DAP Pusat ), Elizabert Wong Keat Peng (Ketua Penerangan Wanita PKR) dan juga NGO-NGO yang lain. Antara lain tuntutan-tuntutan IFC adalah:

a. Anak yang dilahirkan oleh ibubapa Islam tidak seharusnya secara
terus menjadi orang Islam.
b. Orang bukan Islam yang memeluk agama Islam hendaklah diberi
kebebasan keluar dari Islam tanpa dikenakan tindakan undang-
undang.
c. Kes orang Islam yang keluar dari agamanya hendaklah
dikendalikan oleh mahkamah sivil.
d. Perkataan ”Islam” tidak perlu dicatatkan dalam mykad seorang
Muslim.
e. Orang bukan Islam tak perlu peluk Islam sekiranya berkahwin
dengan orang Islam. Orang Islam pula dibenarkan murtad jika
ingin berkahwin dengan orang bukan Islam tanpa boleh diambil
tindakan undang-undang.
f. Suami isteri yang memeluk Islam tidak berhak diberi Hak
Penjagaan Anak.
g. Orang yang bukan Islam berhak menuntut harta pusaka ahli
keluarganya yang telah mati dalam Islam.
h. Kerajaan mesti menyiapkan dana yang cukup untuk membina dan
menyelenggara rumah ibadat orang bukan Islam serupa untuk
orang Islam.
i. Orang bukan Islam tidak boleh dilarang dari menggunakan
perkaaan-perkataan suci Islam.
j. Bibel dalam Bahasa Malaysia dan Indonesia dibenarkan
pengedarannya kepada umum secara terbuka.

Gerakan anti-Islam telah berjaya menyusup masuk merosakkan parti PAS dan PKR. Perhimpunan 10 November 2007 tahun lalu ( perhimpunan BERSIH ) jelas didalangi oleh IFC ( INTERFAITH COMMISSION ) .

1. ) IFC Dulu dikenali sebagai Inter Religious Council (IRC).
Mereka menuntut supaya ia dijadikan sebuah badan
berkanun yang ada KUASA mengubah ajaran
sesetengah agama (baca: agama Islam) jika didesak oleh
agama lain.
2. ) Ia mirip sebuah mahkamah dan SUHAKAM yang melayan
segala aduan dan keputusannya adalah muktamad.
3. ) Penganjur penubuhannya ialah Malaysian Consultative
Council of Buddhism, Christianity, Hinduism dan Sikhism
melalui memorandum kepada Majlis Peguam
pada 21 Ogos 2001 di bawah pimpinan V Harcharan Singh.
4. ) Pada 8 Disember telah diadakan satu “Festival of Rights”
dengan tema “Kebebasan Beragama”. Pada 10 Disember
2001 Majlis Peguam menganjurkan forum “Kebebasan
Beragama” dan menerbitkan artikel dalam jurnal Insaf.
5. ) 17 Mac 2003 bengkel mengenai keperluan kewujudannya
telah diadakan. Kewujudannya gagal apabila persatuan dan
NGO Islam serta beberapa pemimpin
Islam menarik diri.
6. ) Januari 2005 deraf undang-undang penubuhan dikemukakan
dalam persidangan penubuhan IFC yang dianjurkan oleh
yayasan Kristian iaitu Konrad Adeneuer Foundation (KAF).

Matlamat :

7. ) Meminda beberapa ajaran asas Islam yang akan
merosakkan akidah orang Islam dan berpihak kepada
kepentingan orang bukan Islam.

Implikasinya :

1. ) Ia akan membuka ruang Menjadikan undang-undang Allah
tunduk kepada norma-
norma antarabangsa yang dicipta oleh manusia.
2. ) Orang Islam bebas melakukan apa sahaja hatta murtad.
3. ) IFC bebas dan berhak menentukan status agama orang
Islam.
Yang menariknya pada perhimpunan 10 November 2007, gerakan yang bertopengkan parti politik ini berjaya mengheret bersama Presiden Pas Ustaz Abdul Hadi Awang termasuklah Anwar Ibrahim. Yang menjadi persoalan sekarang adakah Pas dan PKR terlibat sama dalam gerakan ini. Adakah Ustaz Abdul Hadi, Anwar Ibrahim dan Raja Petra Kamaruddin sanggup menjadi pengkhianat kepada umat Islam Malaysia. Banyak persoalan yang timbul semasa perhimpunan itu diadakan yang perlu difikirkan oleh ahli-ahli Pas dan PKR. Antaranya adalah:

1. ) Kerjasama pembangkang PAS, PKR, dan DAP bersama Bar
Counsil perlu dipersoalkan. Apakah niat kumpulan bar
counsil terlibat sehingga sanggup menyediakan pasukan
peguam dibawah pimpinan Sivarasa Rasiah yang
melindungi pesalah demonstrasi haram yg ditangkap.
2. ) Gabungan parti pembangkang dengan kumpulan anti Islam
seperti IFC ( Interfait Commision ) perlu dipersoalkan. IFC
telah berjaya memperdayakan PAS dan PKR.
3. ) Pembangkang /penganjur sanggup menjemput Al Jazeera
membuat liputan dan menyampaikan fakta dalam
perhimpunan itu.

4. ) Kenapa Nik Aziz Mursyidul Am tidak turun berdemonstasi
bersama BERSIH? Adakah Nik Aziz telah tahu perhimpunan
itu gagal?

5. ) Husam Musa hanya duduk dalam masjid negara. Kenapa
tidak berfungsi dengan baik?
6. ) Orang Islam sambut pemimpin DAP Lim Kit Siang dan Lim
Guan Eng di masjid negara. Sejak bila kedua-duanya
menjadi Ustaz Pas.

Mengapakah pemimpin-pemimpin Pas dan ahli-ahlinya berdiam diri mengenai isu tuntutan IFC ini. Dimanakah fatwa-fatwa pemimpin Pas apabila mereka mengetahui yang IFC telah mencabar kewibawaan Agama Islam itu sendiri. Adakah mereka sendiri bersubahat? Bila berdepan dengan UMNO mereka sanggup mereka-reka pelbagai fatwa dengan matlamat untuk menjatuhkan pemerintahan Melayu Islam. Adakah orang-orang Melayu Islam didalam PKR tahu dan sedar akan perkara ini wujud didalam PKR. Adakah semua umat Islam diMalaysia sanggup melihat apabila ada bangsa lain mempersenda dan memperkotak-katikkan Agama Islam itu sendiri. Sanggupkah kita berdiam diri untuk melihat masa depan anak cucu kita terumbang-ambing apabila dalang-dalang ini berjaya didalam tuntutan mereka. Yang sedihnya adalah apabila ada antara umat Islam itu menjadi duri didalam daging.

Jelas dapat dilihat musuh-musuh Islam mengambil kesempatan apabila Islam berjaya dilemahkan. Yang terbaru apabila pihak Gereja Katolik berjaya didalam tuntutan mereka apabila mahkamah membenarkan mereka untuk membuat semakan kehakiman terhadap larangan menggunakan kalimah “ Allah ” dalam penerbitan mingguan Herald - The Catholic Weekly. Hakim Lau Bee Lan juga membenarkan gereja tersebut untuk membuat semakan untuk peristiharan penggunaan kalimah “ Allah ” dalam penerbitan mereka dan tuntutan bahawa kalimah Allah tidak eksklusif kapada agama Islam.

Bayangkan sejak kita lahir kita diajar menyebut dan mengenali Allah Taala dengan lebih dekat, tiba-tiba ada pula agama lain mahu menggunakan nama yang sama dengan Agama Islam. Tak ke janggal nama nya. Tidak ke pihak gereja katolik tahu yang Agama Islam adalah ugama rasmi Malaysia sepertimana yang termaktub dalam perlembagaan. Tidak ke tuntutan mereka mengguris perasaan umat Islam di Malaysia. Mengapa umat Islam Malaysia berdiam diri apabila Islam dihina sedemikian rupa dengan mempermain-mainkan nama “ Allah “, Tuhan yang maha esa. Dimanakah anda pejuang-pejuang Islam tidak kira dari parti politik mana pun. Tidak kira apapun tuntutan mereka samada IFC ataupun pihak gereja katolik demi memastikan kedaulatan Islam itu utuh ditanah air kita, sama-sama lah kita bersatu menentang apa jua bentuk penindasan terhadap Agama Islam yang maha mulia ini.