Tuesday, June 30, 2009

Oh Manik Urai ku..



Pemuda UMNO akan memberikan tumpuan untuk mendekati seramai mungkin 3,020 pengundi muda menerusi pendekatan bersua muka dalam tempoh berkempen pilihanraya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manik Urai 14 Julai ini.


Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Khairy Jamaludddin berkata bagi tujuan itu pihaknya akan menggerakkan kira-kira 1000 petugas terdiri daripada jentera tempatan khususnya dari bahagian Kuala Krai dan seluruh Kelantan.

Selain pendekatan bersua muka jelas beliau lagi Pemuda juga turut melaksanakan program seperti ceramah, gotong royong, ziarah rumah ke rumah, mendampingi masyarakat, bersukan dan sebagainya.

"Kita sudah pun mengenal pasti semua pengundi muda untuk didekati sepanjang tempoh kempen ini.

"Pada kali ini juga kita memberi tumpuan kepada jentera tempatan untuk tugas melaksanakan kempen kita. Untuk itu, kira-kira 1,000 jentera kita terdiri daripada Pemuda UMNO Kuala Krai dan seluruh Kelantan akan menjadi petugas secara tetap berkempen di sini", katanya.

Beliau juga memberitahu jentera tempatan ini turut akan dibantu jentera luar di mana beliau sendiri bertindak sebagai pemantau kepada jentera tersebut.

Ini kerana katanya bagi memastikan kehadiran jentera petugas dari luar Kelantan benar-benar menjalankan tugas membantu kempen pilihan raya dan bukannya menjadi pelancong politik.

Beliau berkata demikian selepas meluangkan masa beramah mesra sambil bertemu peniaga dan orang ramai yang mengunjungi pasar minggu di Kampung Laloh di sini, Jumaat pagi.

Sebelum itu beliau turut meninjau program bengkel motosikal yang dikendalikan bekas Juara Cub Prix Kebangsaan, Wazi Abdul Hamid. Malah apa yang menarik ketika dalam perjalanan beramah mesra dengan peniaga pasar minggu di Kampung Laloh, beliau turut melawat dan beramah mesra petugas Pas di markas berhampiran.

Selain beberapa Exco Pemuda UMNO pusat, turut hadir Ketua Pemuda Kelantan, Anuar Safian dan Ketua Pemuda bahagian Kuala Krai, Tuan Aziz Tuan Mat.

Mengenai program Pemuda Prihatin pula beliau memberitahu pelbagai program telah diaturkan termasuk program keluarga angkat di mana beliau dan Exco Pemuda akan bermalam di rumah keluarga angkat masing-masing di sini.

Ini katanya sebagai pendekatan untuk menyesuaikan diri dengan masyarakat setempat selian memahami sensitiviti penduduk tempatan.

Sementara itu ketika berucap pada Majlis Pelancaran Jentera Pemuda UMNO pada sebelah petangnya, beliau mengingatkan jentera Pemuda bahawa pillihan raya kecil di Manik Urai ini mempunyai makna yang cukup besar terutama untuk mencipta satu titik perubahan baru di negeri ini di bawah kepimpinan baru parti.

"Kita perlu buktikan di bawah kepimpinan baru iaitu Presiden kita Datuk Seri Najib Tun Razak dan Datuk Mustapa Mohamed di Kelantan, kita akan bawa satu perubahan baru.

"Sebab itu pilihanraya ini walaupun satu pilihanraya kecil tetapi ia membawa makna yang cukup besar", katanya sambil disahut laungan “Pemuda Gempur” oleh lebih 2000 jentera Pemuda yang hadir.

Beliau turut berkata UMNO khususnya BN mempunyai peluang untuk menang di Manik Urai memandangkan perpecahan dalam Pas semakin ketara.

Sebab itu kata beliau Pas menyerang UMNO dengan pelbagai tuduhan untuk mengalih pandangan umum daripada konflik dalamannya.

"Mursyidul Am Pas, Nik Aziz bertindak seperti 'orang hilang punca' untuk mengukuhkan sokongan ahlinya sehingga sanggup menggelar UMNO sebagai parti ajaran sesat, menyamakannya dengan komunis dan pengikut Ayah Pin.

"Saya nampak tok guru amat menyedari masalah dalaman Pas sebab tidak pernah berlaku keadaan yang Mursyidul Am Pas sendiri meminta timbalan presiden keluar parti.

''Ini satu tindakan drastik yang memberi gambaran bahawa perpecahan dalam Pas agak ketara,'' katanya.

Nik Aziz kata beliau lagi kini dilanda wabak H1N1 yang merujuk kepada Hadi Awang dan Nasaruddin Mat Isa.

sumber dipetik dari Yus Iskandar (Pro Khairy)

3 comments:

Anonymous said...

sebut sal khairy ni kan. nape eh dia ketua pemuda tapi xda jawatan pon dalam kabinet manteri? ke pm x caya ngan dia kot hehe ulas sket bro

BERANI BERUBAH said...

salam...
soal pegang atau tidak jawatan kabinet , itu tida penting bro..
yang penting ukhuwah & kukuhkan parti..
org UMNO kaya dengan tolak ansur...
sebab tu kita byk mengalah dengan kaum lain..sampai kena pijak balik hahahahahahahahaha....

mcm nie bro..YB MUKHRIZ mcm calon popular utk menang ketua pemuda...tapi untuk pengetahuan Bro,YB mukhriz nie pegang juga ketua NGO malaysia..
jadi ramai perwakilan hari itu mahu YB MUKHRIZ pegang lagi jawatan tersebut. kalo menang hari tu..dah tentu letak jawatan dalam NGO malaysia.
YB KJ adalah the next calon kuat utk membantu PEMUDA , YB KHIR mcm bukan favourite utk atasi pertandingan YB KJ VS YB M heheheheh

YB MUKHRIZ dilihat berpandangan jauh dalam memajukan negara dari sudut ekonomi,sosial & politik.Jadi tak hairanlah dipilih mewakili kabinet.

YB KJ mempunyai kelebihan dari sudut PENGGEMPUR dan aktif mampu menarik pemuda untuk membantu BN menguasai saluran 3 & ke atas.YB KJ lantang bersuara so,jadi K.Pemuda utk sayap parti sesuai.

hakikatnya ia bukan soalan memilih dan siapa layak jadi anggota kabinet TETAPI ia menfokuskan kelebihan yang ada pada individu tertentu.
jika Bersatu lagi bgs....
dari menunjuk sape kuat..
ia akan menunjukkan perpecahan.

insyaalah.....

Anonymous said...

sokong ko BERANI BERUBAH
betul apa ko ckp ..

ISLAM PERTIWI