Tuesday, June 30, 2009

Siapa Jaguh Ekonomi REAL PM VS PM MAT JENIN

Ramai orang tak tahu yang Anwar Ibrahim terpaksa mengambil 'kelas tiusyen' sewaktu dipilih menjadi Menteri Kewangan dulu gara-gara ketidakmampuannya memahami 'apa itu ekonomi' dan bagaimana hendak mentadbir kementeriannya

Difahamkan, seorang profesor telah dihantar khusus untuk mengajar Anwar mengenai masalah ekonomi dan kewangan bagi membolehkan beliau dapat menjalankan tugasnya secara efisien.

Namun itulah Anwar, dengan ilmu baru sekangkang kera khususnya dalam bidang ekonomi, dia cuba menunjuk jaguh di pentas di dalam negeri dan antarabangsa kononnya dialah pakar, dialah 'sifu' apabila membicarakan tentang cara menguruskan kewangan negara

Ini berbeza dengan Datuk Seri Najib Tun Razak. Bab ekonomi jangan main-main dengan beliau. Subjek ekonomi dan perniagaan memang di celah gigi beliau, apatah lagi beliau sendiri adalah lulusan dalam bidang ekonomi industri daripada universiti terkenal di England iaitu University Of Nottingham.

Namun watak di antara mereka berdua jauh berbeza. Najib tidak perlu berpidato sampai nak runtuh rostrum semata-mata nak menyakinkan masyarakat yang dialah mahaguru dalam menguruskan kekayaan negara.

Namun kalau dibandingkan prestasi antara Anwar dan Najib ketika mengambil alih Kementerian Kewangan ternyata bagai langit dan bumi.

Anwar kalau dilihat prestasinya lebih kepada keupayaan untuk 'bercerita dan beretorika' sedangkan Najib lebih kepada praktikal dan berpijak di bumi yang nyata.

Kalau anda masih ingat, Anwar masih menuduh Pakej Ransangan Ekonomi yang digerakkan oleh Najib baru-baru ini sebagai menyalahi peraturan Parlimen, sebagai menjawabnya, Speaker Parlimen berkata, itulah kalau orang selalu keluar dewan!

Nampaknya Anwar dan team penasihat ekonomi masih berfikiran krisis ekonomi sekarang sama seperti krisis ekonomi 97/98.

Anwar masih melihat IMF sebagai jalan terbaik kepada negara untuk berhutang dan menyelamatkan ketidaktentuan ekonomi global.

Apakah kita mahu menjadi seperti Pakistan hari ini ( yang terpaksa menaruh simpati IMF atau negara jiran seperti Indonesia yang meminjam IMF 97/98, yang masih kesannya sampai kini masih terasa antaranya bagaimana IMF membankrapkan PERTAMINA dan bank-bank Indonesia.

Sedangkan Najib ketika itu telah menjelaskan bahawa kedudukan kewangan domestik amat kuat, bank-bank masih kuat walaupun Anwar mempersoalkan pembelian bank Indonesia oleh Maybank, tatkala industri kereta di Amerika memberhentikan pekerjanya, Proton dan Perodua masih terus bergerak ke depan.

Bajet Anwar yang susut dan mengecil berbanding bajet kerajaan + pakej ransangan RM7 Billion, menampakkan kelemahan Anwar mengurus ekonomi negara.

Anwar mahu meletakkan kita kaku, terduduk, terdiam, dan terserah kepada serangan ekonomi global, kerajaan pula menyuntik RM7 Billion supaya seluruh rakyat dan perusahaan boleh terus berpusing.

Hari ini Najib sekali lagi menunjukkan kematangannya dalam menguruskan ekonomi negara apabila mengumumkan had pegangan saham asing di dalam syarikat broker saham sedia ada akan ditingkatkan kepada 70 peratus daripada 49 peratus pada masa ini dalam usaha meningkatkan lagi kedudukan Malaysia sebagai satu destinasi penyenaraian dan pelaburan.

Ini baru Menteri Kewangan 'bertaraf dunia', bukan Menteri Kewangan yang terpaksa diberi kelas tiusyen kerana hanya tahu bercakap tapi tak tahu apa itu rugi.

sumber malaysia-instict

No comments: