Tuesday, June 23, 2009

Lawatan MPP ke luar negara.. dipolitikkan...

Assalamualaikum dan salam perjuangan...

MPP keluar negara sering menjadi topik hangat di kalangan mahasiswa. Ada yang berpendapat bahawa mereka(MPP) layak diberi pengiktirafan ke luar negara kerana pengorbanan yang telah mereka beri sepanjang tempoh berkhidmat . Ada juga berpendapat bahawa , lawatan ke luar negara adalah habuan kerajaan untuk Majlis Perwakilan Pelajar menyokong kerajaan kelak.Lebih teruk lagi sesetengah berpendapat bahawa lawatan ke luar negara menggunakan duit Universiti yakni duit mahasiswa universiti. Ini adalah tomahan yang dahsyat tanpa usul periksa.Mahasiswa yang baru memasuki alam universiti akan mudah tertipu dan menjadi Proksi kepada pembangkang MPP untuk menjatuhkan imej kepimpinan Majlis perwakilan.

hakikatnya

Lawatan ke luar negara adalah hadiah sebagai ucapan Terima Kasih Kementerian Pengajian Tinggi kepada Mahasiswa yang sanggup mengorbankan masa demi membantu pentadbiran universiti dalam proses mengurangkan kerenah birokrasi.Selain itu membantu kebajikan mahasiswa yang mempunyai masalah dan menjadi platform penyebaran maklumat terkini kepada mahasiswa.

lawatan ke luar negara tidak langsung menggunakan peruntukkan Universiti yakni wang Mahasiswa , ianya menggunakan peruntukkan Kementerian Pengajian Tinggi(KPT)yang telah diagihkan mengikut Universiti masing-masing.Ahli Majlis Kepimpinan sesebuah Universiti boleh tanpa dipaksa untuk tidak ke luar Negara , namun peruntukkan yang diberikan KPT tidak boleh ditebus atau diminta untuk tujuan program lain.Ini kerana sudah tersedia peruntukkan khas untuk program Mahasiswa yang lain. Peruntukkan tersebut dianggap 'BURN' dan dimasukkan ke akaun KPT untuk mengelakkan masalah audit jabatan kira-kira negara.oleh kerana itu undian 2/3 MPP menentukan sama ada perlu ditebus wang tersebut atau di'Burn' sahaja. (PERSOALAN - JIKA ANDA MPP,apakah jawapan anda??)

Lawatan ke luar negara juga adalah sebagai medium memperkenalkan Malaysia ke peringkat asia mahupun dunia. MPP yang ke luar negara secara tidak langsung menjadi DUTA MALAYSIA dalam memperkenalkan institusi pendidikan tinggi Malaysia.Oleh itu sebagai MPP , itu juga menjadi tanggungjawab dalam memartabatkan Mahasiswa khususnya dan Universiti amnya di peringkat global.Semua kelompok mahasiswa berhak ke luar negara yang dibiayai KPT namun perlu menjadi MPP terlebih dahulu.Jadi bertandinglah untuk ke luar negara , kalau itu yang anda mahukan dan niatkan. tetapi ingatlah tanggungjawab adalah lebih berat berbanding batu besar yang dipikul,adalah lebih baik menetapkan niat agar kepimpinan terpimpin dan kebajikan mahasiswa diutamakan dan soal pakej dan kelebihan menjadi MPP menjadi persoalan yang kedua.

Akhir kata , setiap kelompok Mahasiswa & MPP perlu bekerjasama dan memainkan 1 peranan yang sama yakni kearah memartabatkan universiti masing-masing dalam semua bidang.Tanpa Mahasiswa siapalah MPP , dan MPP wujud sehingga kini adalah kerana Mahasiswa mempercayai MPP walaupun wujud segelintir Mahasiswa yang agak agresif apabila mendengar MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR.

1 Malaysia
Rakyat didahulukan
Pencapaian diutamakan

1 Universiti Awam Malaysia
Mahasiswa didahulukan
Akademik/Kemahasiswaan diutamakan

No comments: